Monday, April 2, 2018

Hilang Muncul Kembali

Waahhh lamanya tak jenguk sini. Since 2012  baru hari ni datang semula. Ni kalau boypren dah lama kena kick tau. Kakaka. Tetiba rindu kat blog ni, tulis tulis la sikit sikit luahan hati ini. Ecehhh

Aku dah jadi surirumah tangga tau 3 tahun yang lepas. Lepas je dah dapat anak gegirl terus asben minta berhenti. Lagipun anak dah ada yang sekolahkan. Actually aku pun stress jugak dengan kerja, kerja kat rumah, anak anak suami. Haishhh letih. Aku hanya nak lebih masa untuk rehat. Alhamdulillah. Surirumah jalan terbaik.

Bulan pertama heaven sangat. Pagi pun sempat buat solat sunat, mengaji, baca buku (pastu tertidur hehe). After a few mo nth datang bosan. Tapi aku pandai la cari aktiviti lain. Bukan aktiviti membawang dengan makcik jiran sebelah ye. No no no. Aku menjahit langsir, baju. Budak baru belajar. Boleh lahhh. 😁

Bisness?? Aku stop slow slow. Awat tak tau jadi dingin sangat. Semangat ada tapi kadang jadi down. Aahh malas nak pikirkan. Aku tolong asben run bisnes dia. Jadi tukang kira akaun. Hehehe. Ni aku suka la.

Ok next episode aku luah lagi. Ngantuk pulak. Apapun bidang kita buat kerana Allah Taala. Berkerjaya atau surirumah dua duanya kerja mulia. Chaiyokk! Chaiyokk!

With Luv,
Laila