Saturday, September 29, 2012

FACEBOOK PUNYA HAL.......

Hmmm..rajin pulak aku meng "post" hari - hari...hehe..tgh rajinkan... Entry facebook punya hal...nape eh??.. Kegilaan semua staff-staff tempat aku bekerja di seluruh Malaysia..hehe.. Apa nak buatkan..bosan punya pasal inilah jadinya... Setiap hari pasti main la..kalau tak main tak lengkap la hari tu.. Termasuklah aku..sama je..bila malam pejam mata nak tidur boleh terbayang Candy Crush Saga ni..cheeettt....tak patut..tak patut... Siap lawan lagi sapa cepat naik level.. Tapi ok gak main game ni blh menjana minda..nak kena cari strategi jugak tau...hehe..


game kesukaan



Ni lagi satu game pujaan ramai rakan - rakan sekerja aku seluruh Malaysia... Bubble Safari...Tapi game ni aku dah give up sebab asyik kalah je..menci..menci..susah betul nak bagi menang...member sebelah aku dah jauh meninggalkan aku..huhu..xdapat nak kejar dah.. Level 54 tu dah dekat 3bln aku main..tak menang-menang lagi..tipu..tipu..xsuke..xsuke... Buat kawan-kawan yang xmain game tu sorry ye klu dpt request apa2  sb kdg2 bukan aku yg request..Facebook tu yg request kan..hmmm.... 



Friday, September 28, 2012

SEMUANYA NAK MUDAH.....

Aku baru beli slow cooker untuk nak masak bubur nasi Darwish..huhu..anak ke-2 baru aku beli..sebabnya anak 1st tok dia yang jaga..Jadinya makan minum dia masa aku kerja aku xambik tahu sangat sebab aku tahu tok dia akan bagi yang terbaikkkk untuk dia..hehe.. Tapi masuk anak ke-2 hantar kat pengasuh kena la sediakan sebelum pegi kerja.. Dengan adanya slow cooker ni memudahkan, menjimat masa dan tenaga.. Pukul 11.30 mlm aku dah prepare untuk buat bubur Darwish..pukul 7.00 pagi dah siap..hehe..senangkan... Sebut pasal mudah ni ada lagi peralatan yang dah memudahkan kerja seharian aku..hehe..aku kecek my husband untuk beli mesin basuh fully automatic... Mesin basuh yang lama masih elok sebenarnya..klu nak tgu rosak aku rasa sampai 3thn lagi xrosak..lagipun itu hadiah daripada MIL & FIL bagi.. Jadinya dah ada dua mesin basuh... Terima kasih my husband ye...

Macam ni la rupa slow cooker aku..yang murah je..

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & MAJLIS CUKUR JAMBUL


Kembali semula untuk berceriter-ceriter...Post hari ni nak ceriter sikit pasal majlis khatam Al-Quran dan majlis berendoi & cukur jambul my baby Darwish.. Sebenarnya majlis khatam Al-Quran untuk aku nak buat masa majlis kahwin aku dulu..tapi xsempat sebab ada pelbagai perkara yang berlaku..masa tu sedih dan terkilan la jugak..xpasal-pasal aku menangis di pagi hari..dah masa mekap nak nikah sembab je muka.. huhu... So tu yang buat masa my abang kahwin 22hb September 2012 hari tu.. Tapi rasa macam majlis aku pulak sebabnya kat papan tanda tu tulis SAIFUL & SITI (abg & k.ipar).... Kebetulan nama aku pun Siti, nama my husband Saiful..hahaha..sebab tu dgr2 suara berbunyi mcm ni "yang mana 1 kahwin?anak yang perempuan tu ke?"..makcik saya dah ada anak dua dah...hehe...