Wednesday, June 20, 2012

BERKEJAR-KEJARAN

Hari ni hari yang busy buat aku..bangun pagi Darwish still demam lagi..yang abang Hadziq dah kena penyakit gatal-gatal gara-gara main pasir hari Selasa lepas..bila malam je mula suh garu sebab gatal.. Bila semua orang dah siap-siap husband aku ajak bawak Hadziq n Darwish pergi klinik... Nak pukul 9.00 pagi dah..berkejar aku punch in..nasib sempat punch 8.59 pagi..hehe.. siap punch tulis notis "TUTUP SEBENTAR URUSAN KE KLINIK". 

Sampai klinik ramai pulak tunggu la kejap...Hadziq dah bersiar-siar dah..nasib baik En. Husband ada.. Darwish merengek-rengek mengantuk nak tidur..pujuk la aku pun..diam la kejap..dalam setengah jam jugak la tunggu baru sampai turn aku.. Demam Darwish normal je 37 darjah celcius..MA kasi ubat demam.. Hadziq dapat ubat gatal..3 jenis ubat gatal..krim sapu 2 jenis, minum 1 jenis.. Haissh..Darwish dah meragam dah..nak susu ke nak tidur aku pun tak pasti...

En. Husband pergi amik ubat kat farmasi..aku cepat-cepat bawak Darwish masuk kereta sebab dia dah melalak..buat susu bagi minum..sikit je pun minum..pastu boleh senyum pulak..senyap je dia masuk kereta..pandai ye Darwish ni..banyak la akal dia..

Nak hantar Darwish n Hadziq umah pengasuh..Hadziq pulak tak nak turun kereta..ishh..pujuk-pujuk pun tak nak..xpe la aku pun bawak la balik..dah nak dekat pukul 10.30 dah.. PJK tak bukak lagi..aduhai.. bawak pergi bengkel En. Husband..last-last abah mertua aku yang jaga sementara..hehe.. Siap-siapkan susu, makanan, pastu aku pun bergegas pergi PJK..sampai PJK aduhai letihnya berkejar-kejar..

Pukul 1.00 balik rumah, tengok Hadziq dah tertidur depan tv..kartun yang tengok dia..hehe..start la aktiviti masak-memask..simple je..tomyam seafood dan telur dadar..tapi sedaappp....siap masak pukul 2.00 ptg.. Mandi-mandi, sembahyang, siapkan Hadziq..makan-makan 2.45 petang..Alamak..lambat dah ni.. Sampai PJK ramai pulak budak-budak ni..yang nak print, fotostat, guna PC, netbook lagi..dah bertahun dah guna netbook pun masih xpaham lagi..apa la bebudak ni..tak terduduk aku..4.30 petang baru aku duduk dengan selesa.. jadi berblog lah aku... balik kerja nanti masih ada tugas rumah untuk aku..biasalah balik umah jadi suri rumah pulak..apa pun aku seronok hari ni...:)

Note: PJK (Pusat Jalur Lebar Komuniti) Felda Tersang 1..nak tahu lebih lanjut sila klik pautan ini..tq

IMPLAN

Hari ni nak cerite sikit pasal bab orang perempuan.. IMPLAN.. apa itu implan?? Salah satu kaedah untuk mencegah kehamilan.. Dulu masa lahirkan Hadziq aku tak terpikir lagi nak pasang implan ni..tapi bila tup tup dapat Darwish terus semangat aku nak pasang implan.. Sebab apa?? sebab aku nak jarakkan sikit umur anak - anak aku. Kesian kat diaorang kalau jarak dekat sangat. Aku la tak terkejar dengan diaorang..

Semalam aku dah pun pasang implan. Sebelum nak pergi pasang berdebar sangat takut nak pasang. Bukan takut apa takut sakit. Dah sampai klinik lagi tambah berdebar.. rasa macam nak pergi bersalin pulak..hehe.. Dah tiba turn aku.. doktor check degupan jantung, tekanan darah..berat doktor tak mau check.. pastu doktor suruh aku baring..nak pasang sebelah kiri..Ya Allah Ya Tuhan ku..selamatkan la aku..(baca dalam hati). Takut punya pasal..doctor pun bagi ubat bius..pastu doctor cakap " saya masukkan ye". Ermm..rasa mcm kena gigit semut..pastu "ok dah siap".. Aikk??? Dah siap ke doctor? "Dah siap dah".. Wah..sekejapnya..tak la sakit pun.. Doctor bekalkan aku ubat demam, tahan sakit n bengkak..cepat-cepat aku makan takut..takut lagi..

Pastu kena charge pemasangan n ubat RM50 sahaja. Alat implan tu aku beli kat LPPKN Kuala Lipis harga RM320. Pastu senang dah hati aku dah pasang implan..yahoo..tak payah ingat nak makan ubat lagi..lalalalala... macam ni la rupanya implan tu..

Gambar dari En. Google

Sunday, June 17, 2012

SELAMAT HARI BAPA

Selamat Hari Bapa diucapkan kepada semua bapa-bapa diseluruh dunia...Especially for my Abah, En. Alias Salion.. Saya sangat sayangkan abah saya...saya kagum dengan Abah saya..Segala pengorbanan Abah terhadap keluarga akan saya kenang sampai bila-bila..bila teringat waktu kami dalam kesusahan dulu membuatkan saya rindu pada Abah saya..sesungguhnya apa yang Abah lalui dulu amat pahit untuk ditelan. Namun Abah sentiasa sabar dalam menghadapi dugaan Allah.. Aku tak pernah lihat Abah mengeluh dikala di uji sebegitu.. Pada usia aku ketika itu, aku faham bagaimana perasaan Abah menghadapi pelbagai ujian. Namun aku sebagai anak tak mampu nak berbuat apa-apa. Aku hanya berdoa semoga kami sekeluarga masih teguh. Alhamdulillah berkat kesabaran dan ketabahan Abah, keluarga kami kembali teguh. Abah saya sayang Abah..Maafkan saya sekiranya saya ada kesalahan dengan Abah.. Semoga Abah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan panjang umur kerana saya masih perlukan Abah...

Kepada suamiku..Abah kepada Muhammad Hadziq dan Muhammad Darwish we love you so much... Ni lagu Hadziq untuk Abah...:)

"Satu-satu saya sayang Ibu
Dua-Dua saya sayang Abah
Tiga-tiga saya sayang Adik
Satu Dua Tiga Sayang Semuanya"


Gambar dari En. Google

Saturday, June 16, 2012

ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE-3

Entry hari ini mengenai Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke-3...

Tanggal 14 Jun 2012 genaplah ulangtahun perkahwinan kami yang ke-3.. Dikurniakan 2 cahaya mata, her-hero semuanya..Takde pergi mana pun, duduk kat umah je..esoknya tu barulah makan kek..itupun kebetulan keluar bandar..Harapan aku untuk tahun yang ke-3 ni:

1) Semoga perhubungan ini kekal hingga ke akhir hayat..
2) Semoga keluarga kami dilindungi oleh Allah dari segala iri hati serta hasad dengki manusia (ada story disebalik harapan ini)
3) Semoga anak-anak kami terus menjadi anak yang sihat, cergas, ceria dan taat kepada ibu n abah.
4) Semoga perasaan kasih dan sayang ini sentiasa ada dan terus kekal hingga ke akhir hayat.
5) Semoga aku terus berusaha untuk belajar menjadi isteri yang setia, taat dan terbaik untuk dia..walaupun aku dah memang yang terbaik untuk dia..hehe

Akhir kata.. Luv u so much..much..much more!!!!!

Cake Anniversary..Sedappp!!
Let's enjoy  this song... CINTA ABADI