Monday, July 9, 2012

GIVE UP @ ???????

Memulakan perniagaan memang sesuatu yang amat sukar..Untuk nak menjadikannya kukuh dan stabil..aku langsung tiada pengalaman dalam ber'business'..tapi aku mencuba nasib..seandainya ada rezeki aku, Alhamdulillah..Namun disebalik semua ini, ada yang harus aku telah pahitnya..Jauh di sudut hati aku untuk 'stop' dari ber'bisnes'.. tapi ada suara yang menyatakan "sabarlah, kuatkan hati..Berusaha dan berdoa agar pintu rezeki dibukan". Dan satu suara lagi "Berhentilah, xpayah nak pikir2 dah..". Mana satu hati aku, aku pun xtahu..Aku masih confuse... 

Biarkan aku pejamkan mata, merenung sedalam-dalamnya.. Mencari kebaikan dan keburukan.. Merenung hikmah dari Allah.. Aku percaya disebalik dugaan itu pasti ada hikmah yang menanti... Kerana aku pernah diuji sebegitu hebat.. Namun berkat kesabaran dan ketabahan aku menjalani kehidupan aku, berkat kemaafan aku atas segala yang dilakukan, berkat aku redha dengan ujianNya, aku menemui hikmah yang amat manis dalam hidup aku. Aku bersyukur sangat kerana hikmah ini datang pada aku dan menjadi kebahagian dunia akhirat buat aku..Amin.