Tuesday, December 4, 2012

SO GOOD.......!!!!

Petang semalam en. hubby ajak pegi membeli - belah barang dapur.. Jadi malam kami pun gerak agak lewat la dalam pukul 8.30mlm... Cuaca hujan lebat sepanjang malam.. tapi nasib baik sampai kat sana hujan rintik - rintik membasahi bumi je... Ramai jugak orang..mungkin sebab awal bulan kot..Sedang sibuk membeli belah tetiba perut aku berkeroncong...laparnya...aku ajak en. hubby makan lepas ni.. Selesai sudah aktiviti beli - belah.. lepas ni aktiviti makan dan bank in duit pulak...en. hubby tanya la nk mkn mana.. disebabkan kami membawa 2 orang hero kami, makanya di KFC la tempat yang paling sesuaaiiii....senang nak jaga hero2 tu...

En. hubby pun parking keta depan KFC...tiba-tiba terdengar suara kat belakang... "SO GOOD..........." aku pun jeling sikit kat belakang..sambil tu cuit en. hubby.. "Dah pandai hero Hadziq aku npk je pakcik Koloney tu sebut SO GOOD....." Terserlah keriang nk mkn kat SO GOOD.....kat mana dia belajar sebut SO GOOD tu semestinya la kat TV.. Nampak je iklan KFC dan2 sebut SO GOOD.....

Kami pun masuk, order dan makan..perut dah kebulur ni..Ishh..pemakanan aku semakin bertambah tp berat badan macam tu je.. baru2 ni timbang 44kg je.... hero Darwish dah semakin ligat sekarang ni.. dah pandai tak nak duduk kat kerusi.. Nak panjat2 pulak.. Sian en. hubby kena pegang hero Darwish..Siap2 makan apa lagi pulanglah..tetiba phone berbunyi aku jawab la dlu.. Pada masa tu aku rasa suasana amat chaos.. Tetiba2 en. hubby pusing... Oh no..no..no..kenapa?? Hero Darwish muak dalam KFC..habis baju en. hubby kena muak dia..kami pun keluarlah dengan muka selamba...hehe.. "Maaf ye KFC.."(dalam hati jela). 

En. hubby pun lap2 la muak-muak Darwish kat baju dia.. Lastly dia bukak baju..xtahan bau muak tu.. tak berbaju la en. hubby...aku pun bagi idea.. "nanti pakai la cardigan ni".. Dah selesai aktiviti bank in duit.. aku pun bukak cardigan kasi en. hubby.. dia pun pakai...Start dia sarung cardigan tu aku gelak nak pecah perut.. xtahan tengok dia pakai baju tu..rasa macam artis korea pulak.. aku gelak2 sampai hero Darwish aku pun turut gelak tengok aku gelak..hehe..."ok la tu dari tak de baju".... Darwish2...penat tau ibu ngan abah malam ni melayan korang...balik umah...zzzzzzzz.......................