Tuesday, December 4, 2012

SO GOOD.......!!!!

Petang semalam en. hubby ajak pegi membeli - belah barang dapur.. Jadi malam kami pun gerak agak lewat la dalam pukul 8.30mlm... Cuaca hujan lebat sepanjang malam.. tapi nasib baik sampai kat sana hujan rintik - rintik membasahi bumi je... Ramai jugak orang..mungkin sebab awal bulan kot..Sedang sibuk membeli belah tetiba perut aku berkeroncong...laparnya...aku ajak en. hubby makan lepas ni.. Selesai sudah aktiviti beli - belah.. lepas ni aktiviti makan dan bank in duit pulak...en. hubby tanya la nk mkn mana.. disebabkan kami membawa 2 orang hero kami, makanya di KFC la tempat yang paling sesuaaiiii....senang nak jaga hero2 tu...

En. hubby pun parking keta depan KFC...tiba-tiba terdengar suara kat belakang... "SO GOOD..........." aku pun jeling sikit kat belakang..sambil tu cuit en. hubby.. "Dah pandai hero Hadziq aku npk je pakcik Koloney tu sebut SO GOOD....." Terserlah keriang nk mkn kat SO GOOD.....kat mana dia belajar sebut SO GOOD tu semestinya la kat TV.. Nampak je iklan KFC dan2 sebut SO GOOD.....

Kami pun masuk, order dan makan..perut dah kebulur ni..Ishh..pemakanan aku semakin bertambah tp berat badan macam tu je.. baru2 ni timbang 44kg je.... hero Darwish dah semakin ligat sekarang ni.. dah pandai tak nak duduk kat kerusi.. Nak panjat2 pulak.. Sian en. hubby kena pegang hero Darwish..Siap2 makan apa lagi pulanglah..tetiba phone berbunyi aku jawab la dlu.. Pada masa tu aku rasa suasana amat chaos.. Tetiba2 en. hubby pusing... Oh no..no..no..kenapa?? Hero Darwish muak dalam KFC..habis baju en. hubby kena muak dia..kami pun keluarlah dengan muka selamba...hehe.. "Maaf ye KFC.."(dalam hati jela). 

En. hubby pun lap2 la muak-muak Darwish kat baju dia.. Lastly dia bukak baju..xtahan bau muak tu.. tak berbaju la en. hubby...aku pun bagi idea.. "nanti pakai la cardigan ni".. Dah selesai aktiviti bank in duit.. aku pun bukak cardigan kasi en. hubby.. dia pun pakai...Start dia sarung cardigan tu aku gelak nak pecah perut.. xtahan tengok dia pakai baju tu..rasa macam artis korea pulak.. aku gelak2 sampai hero Darwish aku pun turut gelak tengok aku gelak..hehe..."ok la tu dari tak de baju".... Darwish2...penat tau ibu ngan abah malam ni melayan korang...balik umah...zzzzzzzz.......................

Monday, November 26, 2012

ALHAMDULILLAH...

Tahun ni usia aku dah mencapai 28 tahun.... Lagi 2 angka untuk ke alam 30-an... Tidak inginkah aku dengan perubahan? Semestinya aku mendambakan perubahan.... Awal Muharram...terdetik hati aku untuk membuat perubahan. Perubahan yang bagaimana? Aku inginkan perubahan untuk menjadi muslim yang sejati, wanita muslimah... InnsyaAllah..aku akan terus cuba belajar..belajar dan belajar untuk ke arah tersebut.

Sesungguhnya banyak kelebihan wanita dalam islam. Hanya bagaimana cara seseorang wanita itu untuk mendapat kelebihan itu sahaja. Aku tak nak lepaskan peluang yang Allah beri pada aku..

" Ya Allah, kuatkanlah imanku..tabahkanlah hatiku, tetapkanlah imanku... Jadikanlah aku seorang isteri dan ibu yang solehah dan taat pada suamiku.. Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa mengingatiMu dan lindungilah aku dari  godaan syaitan Ya Allah."

Aku bersyukur pada Mu Ya Allah..Engkau masih memberi peluang kepada aku dan memberi kehidupan yang bahagia kepada aku. Kau berikan aku suami yang terbaik untuk aku, anak - anak yang sihat dan cergas. Amin...


Monday, October 22, 2012

MALAYSIAN MOTORCYCLE GRAND PRIX 2012


Pengalaman pertama aku pergi MotoGP...sangattttt bestttt!!!! Betul tak tipu punya...hehe...Hari Sabtu pagi tu aku, my hubby dan my FIL (father in law) dah start bertolak dari Raub.. Hadziq bawa sekali tapi Darwish terpaksa kena tinggal dengan pengasuh..huhu.. Sorry ye Darwish..adik kecil lagi tak boleh ikut..sakit telinga nanti.. Terpaksa la aku tinggalkan Darwish selama 2 hari...Ishh..Ishh.. Sampai Gombak pick up adik aku..

Sampai Sepang dalam pukul 1.00 ptg.. Jalan jem..cari parking nun jauh disana.. Dalam kawasan pokok kelapa sawit.. Kemudian terpaksa berjalan kaki sejauh lebih kurang 3km...aduhai..nak pergi punya pasal sanggup jalan kaki. Orang jangan kata la sungguh ramai....parking pun payah.. tu yang dapat parking 3km dari litar..masa nak pergi jalan jauh tu tak lah rasa sangat lenguhnya.. Sampai saja di pintu hadapan.. Wahhhh.. aweks model - model motor besar...sangat cun melucun...seksi meksi...mcm ank patung.. kalau lelaki yang tengok tu ish2.. en.hubby mata pun xlepas peluang la tgk..aku apa lagi..ehem..tengok sikit2 dah la..haha.. kawasan ala - ala pantai pun ada... macam - macam jenis motor berkuasa tinggi.. YAMAHA.. KAWASAKI, HONDA dll..hehe itu je aku pandai sebutkan..sebab yang minat motor ni en.hubby dan FIL je.. aku as a peneman sebab en.hubby dah janji nak bawak aku tahun ni.. 

ticket MotoGP
Hari Sabtu br catatan masa..belum lagi race sebenar... so aku berjalan - jalan kat kawasan sekitar amik feel duduk kat mana paling best....tapi duduk kat tower mmg best..dapat layan corner... xdapat aku nk buat bunyi tu camne..hehe.. Around 5pm kami pun balik.. Di saat ini la mencabar.. menapak sejauh 3km lagi utk sampai ke tempat parking.. Kaki dah sakit sebab tawaf 1 Sepang Circuit tu.. terpaksa jugak la berjalan..kalau xberjalan bila nak sampai...dah rasa macam acara berjalan kaki plak..Malam tu kami tido kat Melaka..jauh x kami tidur hehe..umah Mastura (adik ipar) dengan jalan jem nak sampai ke Melaka..memang letih.. hati teringin nak jalan Melaka tp akan daya badan dan kaki dah letih...mata pun turut terbabit..

To be continue..........

Saturday, September 29, 2012

FACEBOOK PUNYA HAL.......

Hmmm..rajin pulak aku meng "post" hari - hari...hehe..tgh rajinkan... Entry facebook punya hal...nape eh??.. Kegilaan semua staff-staff tempat aku bekerja di seluruh Malaysia..hehe.. Apa nak buatkan..bosan punya pasal inilah jadinya... Setiap hari pasti main la..kalau tak main tak lengkap la hari tu.. Termasuklah aku..sama je..bila malam pejam mata nak tidur boleh terbayang Candy Crush Saga ni..cheeettt....tak patut..tak patut... Siap lawan lagi sapa cepat naik level.. Tapi ok gak main game ni blh menjana minda..nak kena cari strategi jugak tau...hehe..


game kesukaan



Ni lagi satu game pujaan ramai rakan - rakan sekerja aku seluruh Malaysia... Bubble Safari...Tapi game ni aku dah give up sebab asyik kalah je..menci..menci..susah betul nak bagi menang...member sebelah aku dah jauh meninggalkan aku..huhu..xdapat nak kejar dah.. Level 54 tu dah dekat 3bln aku main..tak menang-menang lagi..tipu..tipu..xsuke..xsuke... Buat kawan-kawan yang xmain game tu sorry ye klu dpt request apa2  sb kdg2 bukan aku yg request..Facebook tu yg request kan..hmmm.... 



Friday, September 28, 2012

SEMUANYA NAK MUDAH.....

Aku baru beli slow cooker untuk nak masak bubur nasi Darwish..huhu..anak ke-2 baru aku beli..sebabnya anak 1st tok dia yang jaga..Jadinya makan minum dia masa aku kerja aku xambik tahu sangat sebab aku tahu tok dia akan bagi yang terbaikkkk untuk dia..hehe.. Tapi masuk anak ke-2 hantar kat pengasuh kena la sediakan sebelum pegi kerja.. Dengan adanya slow cooker ni memudahkan, menjimat masa dan tenaga.. Pukul 11.30 mlm aku dah prepare untuk buat bubur Darwish..pukul 7.00 pagi dah siap..hehe..senangkan... Sebut pasal mudah ni ada lagi peralatan yang dah memudahkan kerja seharian aku..hehe..aku kecek my husband untuk beli mesin basuh fully automatic... Mesin basuh yang lama masih elok sebenarnya..klu nak tgu rosak aku rasa sampai 3thn lagi xrosak..lagipun itu hadiah daripada MIL & FIL bagi.. Jadinya dah ada dua mesin basuh... Terima kasih my husband ye...

Macam ni la rupa slow cooker aku..yang murah je..

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & MAJLIS CUKUR JAMBUL


Kembali semula untuk berceriter-ceriter...Post hari ni nak ceriter sikit pasal majlis khatam Al-Quran dan majlis berendoi & cukur jambul my baby Darwish.. Sebenarnya majlis khatam Al-Quran untuk aku nak buat masa majlis kahwin aku dulu..tapi xsempat sebab ada pelbagai perkara yang berlaku..masa tu sedih dan terkilan la jugak..xpasal-pasal aku menangis di pagi hari..dah masa mekap nak nikah sembab je muka.. huhu... So tu yang buat masa my abang kahwin 22hb September 2012 hari tu.. Tapi rasa macam majlis aku pulak sebabnya kat papan tanda tu tulis SAIFUL & SITI (abg & k.ipar).... Kebetulan nama aku pun Siti, nama my husband Saiful..hahaha..sebab tu dgr2 suara berbunyi mcm ni "yang mana 1 kahwin?anak yang perempuan tu ke?"..makcik saya dah ada anak dua dah...hehe...






Monday, July 9, 2012

GIVE UP @ ???????

Memulakan perniagaan memang sesuatu yang amat sukar..Untuk nak menjadikannya kukuh dan stabil..aku langsung tiada pengalaman dalam ber'business'..tapi aku mencuba nasib..seandainya ada rezeki aku, Alhamdulillah..Namun disebalik semua ini, ada yang harus aku telah pahitnya..Jauh di sudut hati aku untuk 'stop' dari ber'bisnes'.. tapi ada suara yang menyatakan "sabarlah, kuatkan hati..Berusaha dan berdoa agar pintu rezeki dibukan". Dan satu suara lagi "Berhentilah, xpayah nak pikir2 dah..". Mana satu hati aku, aku pun xtahu..Aku masih confuse... 

Biarkan aku pejamkan mata, merenung sedalam-dalamnya.. Mencari kebaikan dan keburukan.. Merenung hikmah dari Allah.. Aku percaya disebalik dugaan itu pasti ada hikmah yang menanti... Kerana aku pernah diuji sebegitu hebat.. Namun berkat kesabaran dan ketabahan aku menjalani kehidupan aku, berkat kemaafan aku atas segala yang dilakukan, berkat aku redha dengan ujianNya, aku menemui hikmah yang amat manis dalam hidup aku. Aku bersyukur sangat kerana hikmah ini datang pada aku dan menjadi kebahagian dunia akhirat buat aku..Amin.

Wednesday, June 20, 2012

BERKEJAR-KEJARAN

Hari ni hari yang busy buat aku..bangun pagi Darwish still demam lagi..yang abang Hadziq dah kena penyakit gatal-gatal gara-gara main pasir hari Selasa lepas..bila malam je mula suh garu sebab gatal.. Bila semua orang dah siap-siap husband aku ajak bawak Hadziq n Darwish pergi klinik... Nak pukul 9.00 pagi dah..berkejar aku punch in..nasib sempat punch 8.59 pagi..hehe.. siap punch tulis notis "TUTUP SEBENTAR URUSAN KE KLINIK". 

Sampai klinik ramai pulak tunggu la kejap...Hadziq dah bersiar-siar dah..nasib baik En. Husband ada.. Darwish merengek-rengek mengantuk nak tidur..pujuk la aku pun..diam la kejap..dalam setengah jam jugak la tunggu baru sampai turn aku.. Demam Darwish normal je 37 darjah celcius..MA kasi ubat demam.. Hadziq dapat ubat gatal..3 jenis ubat gatal..krim sapu 2 jenis, minum 1 jenis.. Haissh..Darwish dah meragam dah..nak susu ke nak tidur aku pun tak pasti...

En. Husband pergi amik ubat kat farmasi..aku cepat-cepat bawak Darwish masuk kereta sebab dia dah melalak..buat susu bagi minum..sikit je pun minum..pastu boleh senyum pulak..senyap je dia masuk kereta..pandai ye Darwish ni..banyak la akal dia..

Nak hantar Darwish n Hadziq umah pengasuh..Hadziq pulak tak nak turun kereta..ishh..pujuk-pujuk pun tak nak..xpe la aku pun bawak la balik..dah nak dekat pukul 10.30 dah.. PJK tak bukak lagi..aduhai.. bawak pergi bengkel En. Husband..last-last abah mertua aku yang jaga sementara..hehe.. Siap-siapkan susu, makanan, pastu aku pun bergegas pergi PJK..sampai PJK aduhai letihnya berkejar-kejar..

Pukul 1.00 balik rumah, tengok Hadziq dah tertidur depan tv..kartun yang tengok dia..hehe..start la aktiviti masak-memask..simple je..tomyam seafood dan telur dadar..tapi sedaappp....siap masak pukul 2.00 ptg.. Mandi-mandi, sembahyang, siapkan Hadziq..makan-makan 2.45 petang..Alamak..lambat dah ni.. Sampai PJK ramai pulak budak-budak ni..yang nak print, fotostat, guna PC, netbook lagi..dah bertahun dah guna netbook pun masih xpaham lagi..apa la bebudak ni..tak terduduk aku..4.30 petang baru aku duduk dengan selesa.. jadi berblog lah aku... balik kerja nanti masih ada tugas rumah untuk aku..biasalah balik umah jadi suri rumah pulak..apa pun aku seronok hari ni...:)

Note: PJK (Pusat Jalur Lebar Komuniti) Felda Tersang 1..nak tahu lebih lanjut sila klik pautan ini..tq

IMPLAN

Hari ni nak cerite sikit pasal bab orang perempuan.. IMPLAN.. apa itu implan?? Salah satu kaedah untuk mencegah kehamilan.. Dulu masa lahirkan Hadziq aku tak terpikir lagi nak pasang implan ni..tapi bila tup tup dapat Darwish terus semangat aku nak pasang implan.. Sebab apa?? sebab aku nak jarakkan sikit umur anak - anak aku. Kesian kat diaorang kalau jarak dekat sangat. Aku la tak terkejar dengan diaorang..

Semalam aku dah pun pasang implan. Sebelum nak pergi pasang berdebar sangat takut nak pasang. Bukan takut apa takut sakit. Dah sampai klinik lagi tambah berdebar.. rasa macam nak pergi bersalin pulak..hehe.. Dah tiba turn aku.. doktor check degupan jantung, tekanan darah..berat doktor tak mau check.. pastu doktor suruh aku baring..nak pasang sebelah kiri..Ya Allah Ya Tuhan ku..selamatkan la aku..(baca dalam hati). Takut punya pasal..doctor pun bagi ubat bius..pastu doctor cakap " saya masukkan ye". Ermm..rasa mcm kena gigit semut..pastu "ok dah siap".. Aikk??? Dah siap ke doctor? "Dah siap dah".. Wah..sekejapnya..tak la sakit pun.. Doctor bekalkan aku ubat demam, tahan sakit n bengkak..cepat-cepat aku makan takut..takut lagi..

Pastu kena charge pemasangan n ubat RM50 sahaja. Alat implan tu aku beli kat LPPKN Kuala Lipis harga RM320. Pastu senang dah hati aku dah pasang implan..yahoo..tak payah ingat nak makan ubat lagi..lalalalala... macam ni la rupanya implan tu..

Gambar dari En. Google

Sunday, June 17, 2012

SELAMAT HARI BAPA

Selamat Hari Bapa diucapkan kepada semua bapa-bapa diseluruh dunia...Especially for my Abah, En. Alias Salion.. Saya sangat sayangkan abah saya...saya kagum dengan Abah saya..Segala pengorbanan Abah terhadap keluarga akan saya kenang sampai bila-bila..bila teringat waktu kami dalam kesusahan dulu membuatkan saya rindu pada Abah saya..sesungguhnya apa yang Abah lalui dulu amat pahit untuk ditelan. Namun Abah sentiasa sabar dalam menghadapi dugaan Allah.. Aku tak pernah lihat Abah mengeluh dikala di uji sebegitu.. Pada usia aku ketika itu, aku faham bagaimana perasaan Abah menghadapi pelbagai ujian. Namun aku sebagai anak tak mampu nak berbuat apa-apa. Aku hanya berdoa semoga kami sekeluarga masih teguh. Alhamdulillah berkat kesabaran dan ketabahan Abah, keluarga kami kembali teguh. Abah saya sayang Abah..Maafkan saya sekiranya saya ada kesalahan dengan Abah.. Semoga Abah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan panjang umur kerana saya masih perlukan Abah...

Kepada suamiku..Abah kepada Muhammad Hadziq dan Muhammad Darwish we love you so much... Ni lagu Hadziq untuk Abah...:)

"Satu-satu saya sayang Ibu
Dua-Dua saya sayang Abah
Tiga-tiga saya sayang Adik
Satu Dua Tiga Sayang Semuanya"


Gambar dari En. Google

Saturday, June 16, 2012

ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE-3

Entry hari ini mengenai Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke-3...

Tanggal 14 Jun 2012 genaplah ulangtahun perkahwinan kami yang ke-3.. Dikurniakan 2 cahaya mata, her-hero semuanya..Takde pergi mana pun, duduk kat umah je..esoknya tu barulah makan kek..itupun kebetulan keluar bandar..Harapan aku untuk tahun yang ke-3 ni:

1) Semoga perhubungan ini kekal hingga ke akhir hayat..
2) Semoga keluarga kami dilindungi oleh Allah dari segala iri hati serta hasad dengki manusia (ada story disebalik harapan ini)
3) Semoga anak-anak kami terus menjadi anak yang sihat, cergas, ceria dan taat kepada ibu n abah.
4) Semoga perasaan kasih dan sayang ini sentiasa ada dan terus kekal hingga ke akhir hayat.
5) Semoga aku terus berusaha untuk belajar menjadi isteri yang setia, taat dan terbaik untuk dia..walaupun aku dah memang yang terbaik untuk dia..hehe

Akhir kata.. Luv u so much..much..much more!!!!!

Cake Anniversary..Sedappp!!
Let's enjoy  this song... CINTA ABADI




Friday, May 25, 2012

PERASAAN YANG BERMACAM-MACAM

Kenapa pulak post ni seperti tajuk di atas kan...Hmm..mungkinkah aku sedang merajuk, kecil hati atau kecewa...Sebab apa?Biarlah aku dah Dia saja yang tahu...Aku mengambil langkah untuk berdiam sahaja daripada aku bersuara takut aku berlebih. Sampai saat ini aku masih berdiam sahaja..jawab bila dia tanya sahaja..Aku kecik hati sebenarnya..huhu...

Biarlah hati aku reda sikit..berdiam diri boleh meredakan hati aku..Lepas ini aku tak nak cakap apa-apa dah pasal perkara tu..ikut dia lah nak buat apa pun..huhu..nanti aku jugak yang tersentap kalau dia tak ikut seperti mana permintaan aku..

Aku ni sebenarnya keras hati jugak..apa pun aku terpaksa berlembut..demi kebaikan semua.Biarlah aku beralah..Jom layan lagu ini dikala merajuk hati...

CINTA BERSATU
Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu

Hero Ibu...

HERO KEDUA DAH ADA....

11 Mac 2012 lahirlah hero yang kedua..Muhammad Darwish.....




Wednesday, February 29, 2012

MENUNGGU HARI........

Bermula hari ni aku sedang menunggu hari untuk kelahiran 2nd baby...Nerves x??? Agak nerves la..tp bak kata husband, nerves2 pun kena tempuh jugakkan..betul tu..sakit bersalin ni bukannya boleh tahan-tahan..hehe..sakit sekejap je...Barang-barang baby dah siap packing, tinggal barang ibu dia je belum lagi..

Tengahari tadi nurse datang rumah buat pemeriksaan di rumah..nurse kata kepala dah masuk..minggu depan kot bersalin..aku minta-minta pun biarlah minggu depan..sb aku dah rasa xlarat dah ni..klu cepat leh rehat cepat..huhu..HB still lagi low..hmm...harap-harap boleh la naik sebelum bersalin ni..

Kerja-kerja dah nak settle..ada tgl beberapa perkara lagi nk dibuat..tp mcm malas la pulak petang-petang ni..Tp kerja-kerja kat rumah tak settle lagi..sampai bila pun tak settle...kemas rumah, basuh baju, sidai baju, lipat baju..kerja harian kan...