Wednesday, June 20, 2012

BERKEJAR-KEJARAN

Hari ni hari yang busy buat aku..bangun pagi Darwish still demam lagi..yang abang Hadziq dah kena penyakit gatal-gatal gara-gara main pasir hari Selasa lepas..bila malam je mula suh garu sebab gatal.. Bila semua orang dah siap-siap husband aku ajak bawak Hadziq n Darwish pergi klinik... Nak pukul 9.00 pagi dah..berkejar aku punch in..nasib sempat punch 8.59 pagi..hehe.. siap punch tulis notis "TUTUP SEBENTAR URUSAN KE KLINIK". 

Sampai klinik ramai pulak tunggu la kejap...Hadziq dah bersiar-siar dah..nasib baik En. Husband ada.. Darwish merengek-rengek mengantuk nak tidur..pujuk la aku pun..diam la kejap..dalam setengah jam jugak la tunggu baru sampai turn aku.. Demam Darwish normal je 37 darjah celcius..MA kasi ubat demam.. Hadziq dapat ubat gatal..3 jenis ubat gatal..krim sapu 2 jenis, minum 1 jenis.. Haissh..Darwish dah meragam dah..nak susu ke nak tidur aku pun tak pasti...

En. Husband pergi amik ubat kat farmasi..aku cepat-cepat bawak Darwish masuk kereta sebab dia dah melalak..buat susu bagi minum..sikit je pun minum..pastu boleh senyum pulak..senyap je dia masuk kereta..pandai ye Darwish ni..banyak la akal dia..

Nak hantar Darwish n Hadziq umah pengasuh..Hadziq pulak tak nak turun kereta..ishh..pujuk-pujuk pun tak nak..xpe la aku pun bawak la balik..dah nak dekat pukul 10.30 dah.. PJK tak bukak lagi..aduhai.. bawak pergi bengkel En. Husband..last-last abah mertua aku yang jaga sementara..hehe.. Siap-siapkan susu, makanan, pastu aku pun bergegas pergi PJK..sampai PJK aduhai letihnya berkejar-kejar..

Pukul 1.00 balik rumah, tengok Hadziq dah tertidur depan tv..kartun yang tengok dia..hehe..start la aktiviti masak-memask..simple je..tomyam seafood dan telur dadar..tapi sedaappp....siap masak pukul 2.00 ptg.. Mandi-mandi, sembahyang, siapkan Hadziq..makan-makan 2.45 petang..Alamak..lambat dah ni.. Sampai PJK ramai pulak budak-budak ni..yang nak print, fotostat, guna PC, netbook lagi..dah bertahun dah guna netbook pun masih xpaham lagi..apa la bebudak ni..tak terduduk aku..4.30 petang baru aku duduk dengan selesa.. jadi berblog lah aku... balik kerja nanti masih ada tugas rumah untuk aku..biasalah balik umah jadi suri rumah pulak..apa pun aku seronok hari ni...:)

Note: PJK (Pusat Jalur Lebar Komuniti) Felda Tersang 1..nak tahu lebih lanjut sila klik pautan ini..tq

2 comments:

  1. Replies
    1. hehe...saya berjaya mengomen...komen saya: penghayatan ada..cite dsmpaikan dgn 'gooooood'...hehe..ana pun terkejar-kejar baca..ikut mood ceriter..tapi baca sume tau,no skip2 :)

      Delete